Perjalanan Usia: Antara Syukur dan Kesedaran๐Ÿคฒ๐Ÿฅฐ

Bila usia mencecah 50an ke 60an,
hati mula lebih banyak berbicara dengan jiwa.

Pengalaman hidup yang panjang
bukan sekadar angka,
tapi satu perjalanan yang mendewasakan.
Kadang duduk sejenak, termenung...

Eh, sekejap je masa berlalu. Macam tak percaya pun ada.”

Betul orang kata,
Enjoy the journey, enjoy the life...

Sampai tak sedar, kita dah enjoy sampai makan tahun.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Bukan lagi kejar nak cantik untuk pandangan orang,
tapi nak rasa berharga di hadapan cermin sendiri.
Bila lihat wajah sendiri setiap pagi...๐ŸŒž
nak senyum bahagia.๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

Nak rasa masih mampu urus diri,
masih punya tenaga dan semangat๐Ÿ’ช
untuk diri sendiri, bukan sesiapa.


๐Ÿ’ฌ “Aku mahu cantik untuk diriku sendiri.”

Bila umur dah masuk 50an ~60an... Bukan nak kejar jadi muda, Bukan nk cantik untuk orang lain.. Tapi nak senyum bahagia depan cermin.
    
         ๐Ÿ’ฌ   bisik dalam hati: Alhamdulillah..๐Ÿคฒ
aku masih ada seri, masih kuat๐Ÿ’ช, masih mampu jaga diri..๐Ÿ’ช
                                   Syukur๐Ÿคฒ

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

๐ŸŒฟ Tentang Kesihatan & Tenang Jiwa

Kini lebih suka menyendiri,
lebih tenang bila tidak bersosial berlebihan.
Keramaian tak lagi seronok seperti dulu —
kerana kedamaian ada dalam ruang yang sunyi.

๐Ÿ’— Kita belajar…
Jiwa yang damai tak perlu banyak bicara.
Kadang hanya cukup dengan diam,
tapi penuh rasa syukur dan sedar.


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


๐Ÿ’ง Amalan Kecil Tapi Bermakna:

✔️ Bangun pagi dengan doa:
"Ya Tuhan, sihatkan tubuhku. Lindungi aku dari penyakit."
✔️ Minum air secukupnya
✔️ Senaman ringan 10–15 minit setiap pagi
✔️ Berhenti makan sebelum kenyang- 

๐Ÿฝ️ Pesanan penuh hikmah dari Nabi Muhammad SAW —
"Makanlah ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang."
Sederhana itu sihat. Dan sihat itu ibadah.

✔️ Lebihkan sayur, buah & makanan semula jadi
✔️ Kurangkan manis, lebihkan bersyukur


๐ŸŒธ Supplement & Makanan Disarankan:

๐Ÿซ Minuman kesihatan / jus asli
๐ŸŒฟ Herba seperti pegaga, kunyit, halia tua
๐Ÿฅ› Kalsium & magnesium (untuk tulang)
๐Ÿง  Omega 3 / Minyak ikan (untuk otak & mood)
๐Ÿ’Š Vitamin D3 (penting untuk wanita berusia)
๐ŸŒธ Tapi jangan lupa: paling mujarab tetap doa & mindset positif.


๐Ÿง˜‍♀️ Senaman Sesuai:

๐ŸงŽ‍♀️ Senaman regangan / stretching ringan
๐Ÿšถ‍♀️ Berjalan perlahan setiap pagi atau petang
๐Ÿง˜‍♀️ Pernafasan dalam — tarik nafas dalam 4 saat


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°′°°°°°°°°°°

Akhirnya, bila menoleh ke belakang...
bukan untuk kesal, tapi untuk tersenyum๐Ÿ˜
kerana kita masih di sini, masih bernafas,
masih punya peluang untuk jadi lebih baik dari semalam.


๐ŸŒบ "Syukur bukan hanya pada nikmat besar,
tapi juga bila kita masih mampu bangun…
walaupun perlahan."

๐Ÿ“ฟ“Ya Allah, jika ini sisa umurku…
Jadikan ia penuh makna.
Jadikan aku insan yang tahu bersyukur.
Jadikan aku lebih mencintai-Mu… dari segalanya.”๐ŸŒธ


- Lembut Bicara Jiwa 
Penulis Hati ✍️ ๐ŸŒธ

#journeyoflife
#senyumituindah
#lovemyself
#hargailahdirimu

Comments

Popular posts from this blog

Kasut Untuk Ibu๐Ÿ’–๐ŸŒธ

Hitam Putih Kehidupan๐Ÿ–ค๐Ÿค

Geng Kaki Ayam Memandu๐Ÿ‘ฃ