Kisah Rayyan πŸ’πŸ€—♥️

 Kisah Rayyan
Suara Kecil Dari Keluarga Pelbagai Agama




Anak ini lahir sebagai Muslim…
Tapi dalam keluarganya, tiada siapa yang tahu cara mengajarnya tentang agama.
Neneknya beragama Buddha, datuknya beragama Hindu…
Namun kasih sayang dalam keluarga tak pernah hilang.
Dengan bimbingan guru yang penuh sabar… suara kecil ini mula menyebut ayat-ayat Tuhan.


Ini kisah Rayyan.
Suara kecil dari keluarga pelbagai agama…
Tapi hatinya sedang belajar mencari jalan kepada Allah.




Sebagai nenek (PoPo - panggilan cucu) saya tak lahir dalam agama Islam.
Saya beragama Buddha, manakala datuknya Hindu.

Tapi bila Rayyan lahir sebagai seorang Muslim, saya tahu… dia perlu dibantu untuk kenal agamanya.

Saya sendiri tak mampu mengajarnya, tapi saya bersyukur kerana ada guru-guru yang sabar dan ikhlas.
Suara kecil Rayyan kini mula menyebut kalimah Allah… dan hati saya sangat tersentuh.


            Ini ulasan dari Cikgu kelas Rayyen 

Terima kasih Cikgu yang bertungkus lumus mengajar cucu saya..❤️


Saya kongsikan kisah ini…
Bukan untuk menunjuk — tapi untuk menyedarkan kita, bahawa setiap anak… berhak dibimbing, walau apapun latar keluarganya.


🌸Penutup:

Kita tak memilih keluarga tempat kita dilahirkan…
Tapi Allah tetap beri peluang untuk kita mengenal-Nya.

Doakan Rayyan terus membesar dengan ilmu, iman dan kasih sayang yang tak pernah putus.

Semoga kisah ini membuka mata dan hati…

 

- Lembut Bicara Jiwa 
Penulis Hati ✍️ 🌸

#KisahRayyan #DidikanGuru #KasihTanpaBatas #SuaraKecilMencariTuhan 

Comments

Popular posts from this blog

Kasut Untuk IbuπŸ’–πŸŒΈ

Hitam Putih KehidupanπŸ–€πŸ€

Geng Kaki Ayam MemanduπŸ‘£